IMPIANA
Ku pasti, setiap orang punya tempat idaman untuk dilawati, sangat-sangat sehingga dia sanggup berdoa agar satu hari dapat menjejakkan kaki ke sana walaupun dia tahu, jauh di sudut hati, mustahil .
Seperti tempat-tempat percutian , tambah2 di luar negara mungkin yang
belanjanya mencecah 5nombor harga ringgit Malaysia.. Bila melihat rakan-rakan yang dikurniakan rezeki lebih, dapat menjejakkan kaki ke tempat yang dia ingini, mungkin sakit hati .
Kujuga ada impian.
api tempatku ingini tak jauh .
Sebuah negeri dalam Malaysia di pantai Timur.
Kurasa berbeza, ‘aura’nya berlainan bila mak ayah membawa kami adik-beradik bercuti di sana semasa kecil dahulu, kesukaan terlampau.
Cuma kerana kekangan masa, tanpa sebab kukuh untuk ke negeri itu, bertahun-tahun lamanya tak kujejak ke sana . Kujuga tak teringatkan negeri itu, kerana komitmen kelas di sekolah.
Cuma, bila kujejak kaki menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas 5 tahun lepas , perasaan itu dating kembali bila rakan sebelah bilikku, berasal dari negeri itu. Gembira , bila dapat mendengar loghat negeri itu . Suka , bila tengok mereka berkumpul beramai-ramai.
Bila perjalanan hidupku diteruskan di negera Mesir, kumula berkenalan dengan ramai orang, perasaan rindukan negeri itu datang kembali. Sayu … kerana mereka yang berasal dari sana , mengingatkan kembali nostalgia itu.
Sebelum Mei 2010, ku dikejutkan dengan berita penukaran kerja ayah.
Antara di Malaysia Timur atau negeri itu. Terkejut bercampur gembira .
Mei 2010, Ayah ditukar ke negeri’ku’ itu.. Tapi mak masih tak dapat ditukar ke negeri itu.
Memang melonjak kegembiraan, kerana kutahu, kupasti dapat peluang menjejaki negeri itu kembali.
Februari 2011
Ku mengambil peluang cuti kali ini, ku ikut ayah ke sana.. Masa2ku diisi . indah..
‘opportunity sometime comes only once, take it or u’ll regret it for the rest of your life’ ..
Sedihku meninggalkanmu semalam , sayu .. mengingatkan dan mengira-ngira, kapan bila mau ketemu..
Kalau ada jodoh, kita ketemu lagi .. Kelantan Darul Naim =)
Allah, berkatilah bumi Kelantan Darul Naim
Lebuh Raya Pantai Timur
10:17 am
Jumaat