Pages

Sunday, 16 January 2011

Average

video

Kelakar , Padat , dan Inspiring ;)


Tapi, konsep sederhana in Islam lebih meluas
Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya.
Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.


(Riwayat lbnu Asakir)


Friday, 14 January 2011

January 14 2011

Fabulous!

Alhamdulillah . Thanks to You, dear Allah .. y?
because ... =D get to gather almost all akhawat semester 9 tonight ..
Since Yah's birthday used to be on our exam date previous years,
but this year .. during study week ,
maka peluang pun diambil..

paling best, TNB pictures taken .. 2 atau 3 taun kot , tak amik gamba sesame =)


tinggi nampaknye

rendah sedikit je

hm, my actual height compared with 'em

nvm lah! what i know, this's the most invaluable picture ^^

Thursday, 13 January 2011

Truthful ain't hard


Truthful

The Prophet (s.a.w) said : “You must speak the truth for the truth leads to virtue and virtue leads to Paradise. One who always speaks the truth and means the truth is recorded as truthful with Allah. Keep away from the lies, for the one who continually tells a lie leads to evil and evil leads to Hell-fire” [Al-Bukhari & Muslim]


Plus : I used to remember my previous teacher said , even we're trying to make joke wit our friends, be truthful .. Please Don't Lie .. but maybe sometimes, certain circumstances in our daily life, make us hard to be truthful , then misunderstanding can happen . I do hate misunderstanding , because it makes people hate each other , and then ukhuwah Islamiyyah breaks!

Whatever it is , be truthful for yer self .. Know ur self ,
Because
'Man 'arifa nafsahu, 'arifa Robbahu'
'whoever knows himself better, he actually knows his God well enuf'

Monday, 10 January 2011

Study week


Having not so long time to cover all topics perfectly actually dragging everyone nuts! but for me, study weeks are the time to 'having fun' .. I mean, because during the class days before, almost time were spent with meeting people, discussions etc .. Only during study weeks, diriku melekat di rumah :)

Sunday, 9 January 2011

False Pretension

Ciri-ciri Pelajar Perubatan

1.OPTIMISTIK
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku BOLEH!’

2.JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3.KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4.TUMPUAN SEPENUH HATI
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’ pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5.MULAKAN DARI AWAL
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi ‘bidan terjun’ ke dewan peperiksaan.

6.SENTIASA BERSEDIA
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata ‘Ya!’ Kalau anda peminat ‘The Rock’ anda akan berkata ‘Just bring it on..!’

7.LENGKAPKAN PERALATAN
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa ‘bengang’?

8.TEPATI WAKTU BELAJAR
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9.DAPATKAN BANTUAN GURU
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

10.BERI PANDANGAN MEMBINA
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

11.BERBINCANG DENGAN RAKAN
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

12.TUBUHKAN KUMPULAN SYUDY
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

13.LAKUKAN PEPERIKSAAN KENDIRI
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang ‘penyakit’ anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

14.SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

15.SERTAI CERAMAH MOTIVASI
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

16.MAKANAN SEIMBANG
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

17.MALU BERTANYA SESAT JALAN
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

18.SEMBAHYANG
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama.

19.DOA
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

20.TAWAKKAL
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

p/s 1 : kasi semangat untuk diri sendiri nk periksa ni ..

p/s 2 : Copy, pasted from http://iskandariah.perubatan.org/v1/ ..

^^

Saturday, 8 January 2011

Rindu mereka

video

Wednesday, 5 January 2011

Tarkiz Qiadi '10

Assalamualaikum

Ok, this is for the continuation from the previous title. .
I'd say the 2nd day made my day 'weng' (i am sorry for those related)
But that was not because of anyone, because of me .. myself ..

Nevermind , the most important content throughout this 2nd day was about Fiqh Awlawiyat
(Fekah Keutamaan)

Referred from Fiqh Ijtihad Al-Qaradawi

Briefing abt the author :
Imam Al-Qaradhawi was born in one of villages in Tanta, Misr (Egypt) in 1926
Lives without a father (died when Sheikh was 2 years old)
He became a Hafiz before 10 years old (memorized the whole Quran with tajwid)
............

in 1960, bachelor in Quran & Sunnah
in 1973, PhD in Hadith entitled 'Zakat, kesannya dalam menyelesaikan Masalah Zakat'
or known as fiqh zakat .

Fiqh Awlawiyat
Berkait rapat dengan Fiqh Maqasid & Muwazanat
(yg mana maksudnya kurang saya fahami jua, hoho)

:: FIQH MAQASID ::
1- Daruriyat

(keperluan asasi - 'mati tanpanya' eg : rumah, pakaian)
(5 kategori utama - agama . nyawa . akal . keturunan . harta )

2- Hajiyat

(keperluan kehendak - 'susah tanpanya' )
(eg : solat jamak . hukum bedah mayat )

3- Tahsiniyat

(keperluan pelengkap )
(eg : adab makan, masuk tandas etc )

soalnya sekarang , how do we prioritize our daily life accordingly??

- Daruriyat 1st ---> Hajiyat ---> Tahsiniyat
- eg : Antara rumah & kereta (rumah-daruriyat , kita nak umah dlu sebagai perlindungan) (kereta-tahsiniyat)
- So, choose rumah

What if there're similarities between those 3 martabat ??

- We refer according the 5 main categories (agama . nyawa . akal .keturunan. harta)
-eg : Ectopic pregnancy ( kandungan luar rahim) , mana mau selamatkan dulu ? bayi atau ibu?
-Ibu ---> nyawa , bayi ---> keturunan
- Choose according the categories ???
-Nyawa comes 1st
-Answer :: IBU

What if there're similarities between those 5 categories ??

- We prioritize for kepentingan AM dahulu berbanding kepentingan KHAS
-Eg :: belajar & berjihad
-let say in Malaysia ( belajar = fardhu ain , berjihad = fardhu kifayah)
-but in Palestin ( belajar = fardhu ain , berjihad pertahankan agama n negara = farhu ain )
-menjadi kepentingan AM -fardhu ain- bg negara itu

What if both martabat & categories are the same?

-Consideration made according to 'pertimbangan kemudharatan'
-eg : This one busy student is a tutor and also a really good speaker,
this one day, he should has his tutorial class , but is called to give motivational talk to this one programme which will be attended by more ppl and rarely held.
-He should go for that motivational talk .. because the complications (fitnah besar) will happen if he's not attending , rather than that tutorial classes (abt 30++ students and weekly classes)

:: FIQH MUWAZANAT ::

Pertimbangan rasional

3 dimensi utama :

1- Antara masahih = kepentingan utama (kepentingan utama yg lebih penting)
2- Antara mafasih = kemudharatan (elakkan mudharat yg lebih besar)
3- Antara masahih & mafasid = tentunya kita ambik yg lebih baik (masahih)


Begitulah yang dapatku ambil serba sedikit ..
Pertimbangan dalam membuat keputusan bukan boleh dibuat membuta-babi,
tetapi, ada Fiqh Keutamaannya...

Tak cukup dgn pengetahuan akal saje .
Islam mahukan ilmu yang membuahkan amal , bukan ilmu yang mmbuahkan percakapan dan perdebatan . Islam mahukan pengetahuan yg berhubung dgn hati yg menerangkan hati dan keinginan.

Allah said to those knowledgeable person : (Refer Al-Fathir : 28)

I'm writing this not to show i know better than you, but to share ..
the most invaluable moment is when you see the uncommon thing to be seen
in this modern world , khazanah & risalah2 ayat cintaNya

(An-Nisa' : 79)


Cheerio ^^,